Banner

Kalendar Hijrah

Kempen Jom Silat

Kalendar

Mei 2012
I S R K J Sb A
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

Aktiviti Terkini

No events

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini165
mod_vvisit_counterSemalam197
mod_vvisit_counterMinggu Ini752
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2138
mod_vvisit_counterBulan Ini5021
mod_vvisit_counterBulan Lepas5584
mod_vvisit_counterKeseluruhan605722

We have: 1 guests, 1 bots online
IP Anda: 38.107.179.234
 , 
Hari Ini: 19 May 2012
Home
Salam Maal Hijrah 1433 H PDF Print E-mail

 

 

Pejam celik, pejam celik, tahun 1432 hijrah sudah pun meninggalkan kita. Bermula saat masuknya waktu solat fardhu magrib malam ini kita telahpun memasuki tahun baru hijrah iaitu 1 Muharram 1433H. Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini mewakili Majlis Mesyuarat Kampus PSSCUTM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah kepada semua Muslimin dan Muslimat terutamanya kepada YM Tn Sheikh Haji Mohd. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadahi, Pewaris Mutlak Silat Cekak Hanafi, En. Abdil Hakim Bin Hj Ahmadon,  Penyelia PSSCUTM, barisan Tenaga Pengajar dan Alumni PSSCUTM, dan kepada semua ahli-ahli PSSCUTM. Semoga tahun baru Hijrah ini dapat kita jadikan sebagai satu batu loncatan untuk kita memperbaiki diri kita kepada yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Juga diharapkan tahun baru ini kita dapat menanamkan azam untuk meningkatkan amal ibadat kita dari semasa ke semasa.

 

 
Salam Aidil Adha PDF Print E-mail

 

Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Teknologi Malaysia (PSSCUTM) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada umat Islam di seluruh dunia. Disebalik sambutan Aidil Adha ini terlindung pelbagai kisah untuk kita jadikan sebagai iktibar serta penghayatan antaranya pengorbanan Nabi Allah Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk mengorbankan puteranya Nabi Allah Ismail dan sebagainya. Kisah-kisah ini tidak lain menuntut kita supaya bersyukur atas segala rezeki yang talah dilimpahkan.

 

 

Firman ALLAH S.W.T, maksudnya;

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari`atkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat.

Surah Al-Hajj: ayat 34


 

 
Penganugerahan Pingat dan Sijil SCH 2011 PDF Print E-mail

 

Tanggal 15 Oktober yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UITM S.A. telah mengadakan Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat dan Sijil Silat Cekak Ustaz Hanafi bertempat di Dewan Tun Razak,Institut Kemajuan Desa (INFRA). Majlis dwitahunan ini diadakan khusus bagi menghargai jasa-jasa pengamal Silat Cekak Hanafi yang telah berkhidmat kepada perjuangan Silat Cekak Hanafi dan juga bagi menyampaikan Sijil Menengah Persilatan dan Sijil Rendah Persilatan kpd ahli Silat Cekak Hanafi yang telah melepasi Ujian.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Pewaris Silat Cekak, YM Sheikh Hj Mad Radzi Hj Hanafi Al-Qadahi ini telah dihadiri lebih 1500 pengamal Silat Cekak Hanafi seluruh negeri di Malaysia majoritinya merupakan penerima pingat dan penerima Sijil Menengah dan Sijil Rendah Persilatan. Penganugerahan pingat dan sijil telah disampaikan sendiri oleh YM Sheikh Hj Mad Radzi Hj hanafi Al-Qadahi

Pihak PSSCUTM juga tidak ketinggalan untuk menyertai majlis yang penuh gilang gemilang ini. PSSCUTM telah menghantar lebih kurang 30 ahli yang terdiri daripada penerima Sijil Rendah Persilatan, Penerima Sijil Menengah Pesilatan dan juga penerima pingat. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli Silat Cekak Hanafi atas pengurniaan pingat dan Sijil Menengah Persilatan dan Sijil Rendah Persilatan terutamanya kepada ahli-ahli PSSCUTM yang telah menerima sijil dan pingat. Berikut merupakan senarai penerima pingat, sijil rendah dan sijil menengah persilatan.

Diharapkan agar penganugerahan pingat dan sijil ini dapat menaikkan semangat ahli-ahli Silat Cekak Hanafi seluruh Malaysia terutamanya ahli-ahli PSSCUTM agar dapat meneruskan dan mengembangkan lagi Silat ini kepada masyarakat. Satu Suara Satu Hati. Hidup Cekak Hanafi!

 

 
Minggu Transformasi Mahasiswa 2011 PDF Print E-mail

 

Bersempena kemasukan mahasiswa-mahasiswa baru ke Universiti Teknologi Malaysia(UTM), pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dengan kerjasama pihak Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) telah mengadakan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) khusus untuk mahasiswa –mahasiswa yang baru sahaja berdaftar sebagai warga UTM. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat telah disusun untuk mahasiswa-mahasiswa baru supaya dapat mengenali Universiti dengan lebih dekat lagi. Pihak PSSCUTM juga tidak ketinggalan turut serta dalam meraikan kehadiran mahasiswa-mahasiswa baru ini. Antara program-program yang telah disertai adalah Pameran Persatuan-Persatuan di Dataran Agora dan juga persembahan sempena Malam Kebudayaan anjuran Unit Kebudayaan

 

 

 

Read more...
 
Selamat Datang Mahasiswa Baru 2011!! PDF Print E-mail

 

 

 

Kami, ahli Majlis Mesyuarat Kampus mewakili Penyelia, Penasihat, barisan Tenaga Pengajar serta ahli-ahli PSSCUTM ingin mengucapkan Selamat Datang kepada mahasiswa dan mahasiswi yang baru sahaja mendaftar sebagai warga UTM. Sekalung Tahniah diucapkan kepada anda kerana menjadi insan yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam Universiti Penyelidikan ini. Diharapkan agar dengan melanjutkan pelajaran di menara gading ini anda dapat jadikan sebagai satu platform untuk anda menimba segala ilmu yang ada dalam menara gading ini.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Page 1 of 7

Pengasas Silat Cekak


Almarhum Ustaz
Hj Hanafi bin Hj Ahmad

Pewaris Silat Cekak Hanafi

Image
YM Sheikh Hj Md Radzi
bin Hj Hanafi Al Qadhi

Rapatkan Silaturrahim

Siapa Di Web

We have 2 guests online

MukaBuku PSSCUTM

Notis

Laman ini sedang diubahsuai. Harap maaf atas sebarang kesulitan - Pentadbir